SLS Mahir Pertanian Pintar Pengurusan Nutrisi dan Kesihatan Tanaman
2 September 2026 | Aktiviti TerkiniPada 2 September 2026, seorang peserta telah menyertai Kelas SLS Mahir Pertanian Pintar yang bertajuk Pengurusan Nutrisi dan Kesihatan Tanaman. Kelas ini telah diadakan bagi memberikan pendedahan kepada peserta mengenai kaedah pengurusan tanaman yang lebih moden, sistematik dan berkesan. Webinar ini membincangkan kepentingan pengurusan nutrisi yang seimbang serta penjagaan kesihatan tanaman bagi memastikan tanaman dapat tumbuh dengan baik dan menghasilkan hasil yang berkualiti.
Peserta turut diperkenalkan kepada amalan pertanian pintar yang dapat membantu mengenal pasti keperluan tanaman, mengurus penggunaan baja dengan lebih berkesan serta mengurangkan risiko serangan penyakit dan perosak. Program ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam mengaplikasikan teknologi serta kaedah pertanian yang lebih cekap dalam aktiviti penanaman.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: